CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 13

PLEASE APPRECIATE THEM


Assalamualaikum wbt…
My post today…
Let’s talk about a person you called them as AYAH, BABA, WALID, PAPA, BAPAK  etc…
And now, I feel so jealous for those who still having THIS PERSON by their sides…
And unfortunately I had lost THAT PERSON about 10 years ago…
The person that I love the most…
6th Disember 2002 // 1 Syawal…
“ Ayah, you know that…
Now I’m struggling in Egypt to fulfill your dream and my dream too to become a doctor…
Even you are not here but your words kept me motivated to endure all the coming days”

Al-Fatihah dan Yasin disedekahkan buat ayah…
Miss you so much and hope that we will meet each other again in Jannah…”





Friday, June 3

BULAN ALLAH

salam alayk...


3 Jun 2011...
yaumul jumaat...
Ahlan ya Rejab...
Bulan Allah SWT....





اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban.. 
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..


Alhamdulillah summa Alhamdulillah,saya sempat juga bertemu dengan bulan Allah pada tahun ni...

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.

misi saya pada bulan ni adalah mempertingkatkan amalan ke arah mencapai mardhatillah....

bulan Rejab banyak kelebihannya...
dan banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ini:

1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.
3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

dan saya menyeru sahabat sahabiah serta diri saya terutamanya agar dapat mengimarahkan bulan ini....

insyaAllah kita semua mendapat keredhaan NYa serta dapat mengecapi nikmat bulan Rejab....