CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 31

DOUBLE CELEBRATIONS!!!

salam alayk...

penghujung bulan Oktober tahun nih saya rasakan amat bermakna kerana terdapat 2 hari yg bermakna 



  1. eid milad ( my birthday)
  2. permulaan bulan Zulhijjah
kebetulan pulak tahun nih, birthday  saya jatuh pada 1 Zulhijjah...felt very happy....rasa syukur  yg tidak putus-putus  saya panjatkan kpada Allah SWT atas segala nikmat yg telah dilimpah kpda hamba-Nya ini selama hampir 2 dekad ini...


"ya Allah,kau ampunkanlah segala dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku,keluargaku,para guru,muslimin muslimat yg masih hidup @ yg telah  meninggal dunia...yaAllah,Kau berikanlah aku ketenangan jiwa & fikiran...kau jauhkanlah aku drpada segala penyakit yg berbahaya...Kau jadikanlah ak seorang anak yg solehah,dijauhkan drpda ftnah dunia...kau kuatkanlah daya ingatanku & keluarkan aku drpda kejahilanku...ya Allah,kau berikanlah aku serta kawan-kawanku yg lain kejayaan di dunia & akhirat..." 

ameen ya rabb alamin....sesungguhnya kpada kpadaMu jua hambuMu ini bergantung harap..

1-EID MILAD


housemates~~:DD...thanks for the "surprise" birthday party...:'p





Sepuluh hari yang pertama di bulam Zulhijjah jarang-jarang sekali diperkatakan mengenai kelebihannya. 
Sedangkan tempoh ini mempunyai nilai yang SANGAT BESAR kemuliannya berbanding dengan masa-masa yang lain. Allah SWT berfirman di dalam

 surah al-Fajr, ayat 1-3 :

وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
yang bermaksud : Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil.
Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil tersebut ialah hari arafah.
Sabda Nabi s.a.w
 “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah“ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah 
( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan 
( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.”
 Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)

TAWARAN APA LAGI YANG DITUNGGU??..


Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
 Bulan yang dikhususkan ibadah haji padanya.
2. Berpuasa pada 9 hari pertama atau sekadar kemampuannya – 
terutamanya pada hari Arafah.
sebuah hadis qudsi,
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar), tahmid, tahlil dan berzikir padanya,
"Tidak ada hari-hari yg lebih hebat disisi Allah dan tidak ada amalan yg lebih disuka dilakukan pada masa tersebut melainkan 10 hari terawal zulhijjah . Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid."(HR Ahmad)

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, 
takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya, takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanyaberakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
4. Bertaubat dan meninggalkan SEGALA maksiat dan dosa,
Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
6. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). 
Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

7. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah,
mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
8. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

“SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA MUBARAK,
 KULLU SANAH WA ANTUM BIKHEIR!!”

0 comments:

Post a Comment