CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label religious. Show all posts
Showing posts with label religious. Show all posts

Thursday, January 20

PERKONGSIAN SC (SMART CIRCLE)

salam
ermmm
semalam ad SC....seronok,sbb da lame tertangguh atas sbb2 tertentu...
selain byak pengisian,perut pun kenyang (sampaikan blik umah terus lentok hahhahha,sori for those YM! me last night :-p)

and this is what we shared....

 RISALAH PEPERIKSAAN



Sedar tak sedar minggu peperiksaan dah mula menjengah. Tak kira buat yang baru menjejak kaki di bumi Mesir ini, mahupun yang sudah banyak menimba ilmu di sini. Jadi, apa khabar iman dan taqwa kita hari ini? Tertingkatkah seiring dengan peningkatan ilmu yang ditimba setiap saat? Makin dekatkah kita dengan Allah apabila meneliti setiap aspek tubuh manusia, sebaik-baik ciptaan-Nya? Atau semakin dalamkah kecintaan kita kepada-Nya semakin kita mendalami ilmu deeniyah itu sendiri? Jika ya, Alhamdulillah, teruskan berusaha mengejar-Nya. Jika sebaliknya, ayuh kita muhasabah kembali.

“Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang ( yang dengan persiapan itu ) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Anfal:60)

●●●

Orang yg cerdas adalah yg berfikir setiap kali berzikir, dan berzikir setiap kali berfikir. Dengan demikian, kalbu mereka bersih, sehingga semua ucapan yang keluar dari lidah, pasti mengandung hikmah...
Hassan Al-Basri

●●●

Di musim peperiksaan ini, sudah tentu kita berusaha sedaya upaya meletakkan usaha yang terbaik, study sepulun mungkin, kerana kita semua tahu, Allah tidak memandang natijah yang bakal kita perolehi, tetapi usaha yang kita curahkan. Maka yang paling kita harapkan pastilah segala usaha yang kita lakukan diterima sebagai amal soleh yang akan menambah timbangan mizan kita kelak. Dan semestinya amal tersebut cuba kita lakukan sebaik mungkin kerana yang melihat amalan kita itu adalah pencipta kita sendiri. Malulah kita andai kata usaha tak sehebat mana tapi mengharapkan natijah yang terlalu jauh untuk dicapai dengan usaha yang sebanyak itu.

“Maka (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah yang membunuh mereka, dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” Al-Anfal:17

Tidak dapat tidak, kita berhajatkan natijah yang baik. Dan semua yang berlaku adalah dengan izin dan susunan-Nya. Saat kita menjawab soalan peperiksaan sekali pun jawapan kita tersebut sebenarnya daripada Allah. Sebanyak mana pun kita study, dan berusaha menghafal misalnya, takkan dapat memberi apa-apa kesan kepada jawapan kita seandainya Dia tak mengizinkan ia berlaku. Kejayaan kita semua tentunya hanya dapat diperoleh dengan pertolongan Allah sahaja. Dan pertolongan Allah hanya turun kepada orang-orang rabbani yang mempunyai hubungan baik dengan-Nya.

hubungan dengan Allah + hubungan dengan manusia

Tak seharusnya kita lupakan, selain kita sibuk mencari dan mengejar Allah, hubungan dengan manusia sangat perlu dijaga. Kebiasaannya, kita berusaha menjaga hubungan dengan-Nya, tetapi hubungan sesama manusia kurang diberi perhatian sehingga menyebabkan teman-teman mungkin terasa hati dengan kita. Kadang kala, atau mungkin juga sering kali, di kala peperiksaan inilah kita akan teruji dengan pelbagai ragam dan kerenah teman sendiri. Tapi, sedarlah jika kita diuji maknanya, Dia masih sayangkan kita kerana ujian itu akan memuhasabah diri kita semula. Ujian adalah rahmat dari-Nya…

Sesungguhnya ilmu dipelajari agar dengannya seseorang bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya ilmu lebih diutamakan daripada yang lainnya, kerana seseorang bertaqwa kepada Allah dengannya. -Sufyan Ats-Tsauri-

“..…Pegang dengan teguh apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkan) apa yang tersebut di dalamnya agar kamu menjadi orang-orang bertaqwa.” Al-A’raf:171

Akhir kalam, moga ilmu yang kita cari di bumi para nabi ini bukan sekadar untuk menjawab soalan peperiksaan, untuk mendapat keputusan cemerlang, untuk menggembirakan ibu ayah, untuk mencapai cita-cita, sekali pun untuk mendapat kepuasan setelah penat belajar semata-mata, tapi untuk diamalkan supaya bertambah ketaqwaan kepadanya. Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah adalah para ulama’ (orang yang berilmu).     



Tuesday, January 18

muhasabah diri

salam...
 tepat pkul 3 ptg waktu Mesir tadi
aq n alya sempat bersama-sama rakan-rakan lain untuk turut serta untuk solat jenazah di Asrama MARA...
selepas itu sebuah bas mengiringi jenazah ke Kaherah utk disemadikan..
hnya doa yg aq dapatkn kukirimkan coz aq x berpeluang utk bersama2 utk mengiringi jenazah

pilu rase hati ini....
hati aq tertanya-tanya...
adakah masa kematian aq nnti,adakah aq ramai org yg akn solat jenazah utk aq???

adakah aq dah bersedia untuk ke alam itu???
setiap org akan merasa berada dalam keranda dan liang lahad
 apakah aq sdah byak melakukan pengorbanan demi islam???
dan byak lagi persoalan....

"ya Allah,jk aq mati,matikanlah aq dalam husnul khatimah dan dlam keadaan aq sdah bertaubat kepadaMu"

Sunday, January 16

KALA SUBUH

salam........

hermmm...lets start with this song's lyric
Kala Subuh
HIJJAZ




Kala subuh telah bersinar 
Daku datang untuk berdoa 
Kala sang suria bersinar memancar 
Daku datang sujud dan memuja 

Hidupku pasrah kepada Mu 
Ibadahku hanya untuk Mu 
Ku sebut nama Mu Allahhu Akbar 

Ku harap pada Mu semata 
Sebelum jasad menjadi tanah 
Hapuskan segala dosa 
Disengaja atau tiada 

Tuhanku ku pohon restu Mu 
Perjuanganku hanya untuk Mu 
Kusebut nama Mu Allahhu Akbar 

Ku harap hidayah dari Mu 
Dalam menempuh jalan hidupku 
Cintaku hanya untuk Mu 
Kebahagiaan yang ku harapkan

ermm...
right now in Egypt...
still in WINTER-ATMOSPHERE...(although there's no snow)
and for sure,during this period...
SLEEP-ing is the best thing to do..
plus with a very comfort n nice saratoga(selimut tebal)....
so sodapppp....
hihiihihi..=)

but but but......
the main thing i want to say here is

DONT MISS SUBUH PRAYERS...=)

ok here is an article bout TIPS TO WAKE UP ON THE TIME DURING SUBUH



1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
so,we must fight with SATANS taw.....dont malas-malas...
ATTENTION=for those yg pernah tertinggal subuh tnpa sengja,gntilah solat anda yg tertggl itu...semoga Allah terima.....insyaAllah

Friday, January 14

salam..

we can spread dakwah through many ways right???
direct @ indirect...
ermmm
and i found this cute blog
he's spreading his dakwah + his knowledges bout Islam by using pictures taken him...
 very nice blog to be visited...